Thursday, December 30, 2010

:: bertemu kembali ::

Salam..rasanye dah sgt2 lme tak melekat kat dinding ni..sementelah saya pun tak berapa mahir dalam penulisan blog ni..Terlalu banyak perkara yang boleh diperkatakan untuk coretan dan contengan sama ada isu global mahupun antarabangsa hehe..Cukup rasanya jika ianya menjadi satu pedoman dan pengajaran yang amat berguna bagi diri ni..Berbalik semula Alhamdulillah sedar tak sedar dah masuk tahun akhir dalam pengajian Diploma Undang-Undang dan Syariah di KUIM..Harapnye semua berjalan dengan lancar..setakat ni takde ape yang nak dikongsi rasanye..sangat bersyukur sebab dapat ape yang dihajatkan buat sekian lamanye..mungkin ianya xbermakna bagi sebilangan manusia..Harapnya ia dapat diteruskan dengan lebih baik pada masa akan datang..


Bercerita mengenai Latihan Amali yang dah dijalani selama tak sampai 2 bulan di Mahkamah Rendah Syariah di Alor Gajah sedikit sebanyak dapat membantu saya dalam saya mempelajari erti kehidupan ini hehe..(ayat klise)

Rasanya cukup setakat ini salam pengenalan untuk dinding lumut saya ni hehe..semoga saya dapat menconteng dengan lebih kerap..

* Sekadar coretan saya dari sudut hati penulis.

Saturday, October 17, 2009

alkisah rumput...

Hai kawan2..dah lame rasenya bmain dengan papan kekunci ni..al maklumla rumah gue xdelabende ni..kesempatan yang ade menyinggah kejap mana2 tempat..tumpang japye hehehe..tengah2 baring sambil pikir hidup yang pelbagai ni terajin pulak nak menyelak ape2 yang patut untuk tatapan..kemudian..gue terperasan kisah rumput..ape ye tentang rumput ni..jom..kita bace same2...

RUMPUT KU sayang..

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.


Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:-

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.


Selesai bacaan..gue tpikir..hati tergamam..muka tersembam..ya Tuhan..saya sudah lakukan kesilapan...sama2 kita fikirkan..

Thursday, September 10, 2009

::jom menari::

>>> pandet..pandet..pandet..apa tarian pandet ni ye sebenarnya..?hamba pun tak ketahuan..tapi tarian ini mampu menggolakkan hubungan dua hala antara dua negara..ceritanya bermula begini bagi barang siapa yang ingin tahu..tarian ini dikomersialkan oleh sebuah syarikat swasta dari negara kita bagi tujuan pengiklanan..tetapi sampai je kat sana ceritanya dah jadik lain..kita mentah2 dan ditelanjang bulatkan oleh media massa di sana sebagai negara yang merompak harta dan warisan mereka..akibatnya..warga MALAYSIA yang berdaulat ini terancam kehidupan mereka di sana..kerajaan kita sudah pun mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengelakkan sebarang kejadian yang berlaku..tujuan hamba nak memeperkatakan isu ini bukanlah sebab tegakkan benang yang basah..tetapi sekadar merenung sejenak kedudukan negara kita dan kedaulatan negara Malaysia ini di mata mereka..rendahkah??burukkah??daifkah??jom..kita sama-sama fikirkan..SALAM MALAYSIA..

Tuesday, September 1, 2009

:::* * seBerang jalan * * :::

MALINDO..

::: Suatu frasa yang pernah dicetuskan pemerintah kita suatu ketika dahulu bagi menzahirkan keinginan kita bagi menjalinkan kerjasama dengan negara jiran...


::: Negara kita sebuah negara berdaulat :::
::: Malaysia sebuah negara merdeka :::

*** Namun begitu kedaulatan dan kemegahan kita sebagai warganegara sperti dicarik-carik oleh negara seberang..Ingin saya tarik perhatian saudara semua betapa pihak media di sana begitu tidak dihormati negara kita sebagai negara berdaulat yang bertunjangkan Raja Berperlembagaan dan Sultan sebagai ketua negara..Kisah penderitaan Manohara yang terpaksa dibantu wakil mereka bagi melarikan diri ke Indonesia menjadi cerita hangat dan buah fikiran bagi media di sana menghentam Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan kekejaman dan kezaliman terhadap wanita. Walaupun pihak media kita cuba meredakan isu ini bagi menghormati dan menjaga hati kerajaan Indonesia..Tetapi berbeza pula suasananya di Indonesia.Negara kita dikecam hebat sehinggakan mereka menganggap sistem beraja di negara kita tidak lagi relevan. Tujuan saya mengetengahkan perkara ini bukanlah bertujuan bagi menyemarakkan lagi api yang menyala tetapi sekadar memberi renungan kepada warga yang bergelar Malaysia apakah negara kita benar-benar telah merdeka lebih-lebih lagi kita masih lagi dalam sambutan kemerdekaan yang ke 52..

Kita lihat kepada kisah pengganas yang paling dikehendaki di Asia..bukan menidakkan kenyataan bahawa Nordin tersebut warganegara Malaysia namun begitu media di sana mengulang-ulang kenyataan dalam bentuk media massa dan media cetak taraf kerakyatan Nordin betapa negara kita sangat mengalu2kan dan melahirkan pengganas dan menghantar mereka ke seberang bagi mengacau bilaukan tanah air mereka..

Jika mereka dapat faham kedudukan dan situasi Malaysia dalam hal ini di mana Malaysia begitu komited dan sedia memberi kerjasama di samping menyalurkan maklumat berguna bagi kepentingan dan kesejahteraan bersama. Bukan niat di hati untuk melaga-lagakan dan menyimpan kesumat di dalam hati setiap warganegara..Namun saya sebagai salah seorang dari warganegara Malaysia turut merasa bias atas atas apa yang telah dilemparkan kepada Malaysia..Mari kita sama-sama menjadi buah fikiran kepada negara tercinta bersatu hati dan menyahut seruan kerajaan sempena sambutan kemerdekaan 52.. ::MALAYSIA BERDAULAT:::