Thursday, September 10, 2009

::jom menari::

>>> pandet..pandet..pandet..apa tarian pandet ni ye sebenarnya..?hamba pun tak ketahuan..tapi tarian ini mampu menggolakkan hubungan dua hala antara dua negara..ceritanya bermula begini bagi barang siapa yang ingin tahu..tarian ini dikomersialkan oleh sebuah syarikat swasta dari negara kita bagi tujuan pengiklanan..tetapi sampai je kat sana ceritanya dah jadik lain..kita mentah2 dan ditelanjang bulatkan oleh media massa di sana sebagai negara yang merompak harta dan warisan mereka..akibatnya..warga MALAYSIA yang berdaulat ini terancam kehidupan mereka di sana..kerajaan kita sudah pun mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengelakkan sebarang kejadian yang berlaku..tujuan hamba nak memeperkatakan isu ini bukanlah sebab tegakkan benang yang basah..tetapi sekadar merenung sejenak kedudukan negara kita dan kedaulatan negara Malaysia ini di mata mereka..rendahkah??burukkah??daifkah??jom..kita sama-sama fikirkan..SALAM MALAYSIA..

Tuesday, September 1, 2009

:::* * seBerang jalan * * :::

MALINDO..

::: Suatu frasa yang pernah dicetuskan pemerintah kita suatu ketika dahulu bagi menzahirkan keinginan kita bagi menjalinkan kerjasama dengan negara jiran...


::: Negara kita sebuah negara berdaulat :::
::: Malaysia sebuah negara merdeka :::

*** Namun begitu kedaulatan dan kemegahan kita sebagai warganegara sperti dicarik-carik oleh negara seberang..Ingin saya tarik perhatian saudara semua betapa pihak media di sana begitu tidak dihormati negara kita sebagai negara berdaulat yang bertunjangkan Raja Berperlembagaan dan Sultan sebagai ketua negara..Kisah penderitaan Manohara yang terpaksa dibantu wakil mereka bagi melarikan diri ke Indonesia menjadi cerita hangat dan buah fikiran bagi media di sana menghentam Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan kekejaman dan kezaliman terhadap wanita. Walaupun pihak media kita cuba meredakan isu ini bagi menghormati dan menjaga hati kerajaan Indonesia..Tetapi berbeza pula suasananya di Indonesia.Negara kita dikecam hebat sehinggakan mereka menganggap sistem beraja di negara kita tidak lagi relevan. Tujuan saya mengetengahkan perkara ini bukanlah bertujuan bagi menyemarakkan lagi api yang menyala tetapi sekadar memberi renungan kepada warga yang bergelar Malaysia apakah negara kita benar-benar telah merdeka lebih-lebih lagi kita masih lagi dalam sambutan kemerdekaan yang ke 52..

Kita lihat kepada kisah pengganas yang paling dikehendaki di Asia..bukan menidakkan kenyataan bahawa Nordin tersebut warganegara Malaysia namun begitu media di sana mengulang-ulang kenyataan dalam bentuk media massa dan media cetak taraf kerakyatan Nordin betapa negara kita sangat mengalu2kan dan melahirkan pengganas dan menghantar mereka ke seberang bagi mengacau bilaukan tanah air mereka..

Jika mereka dapat faham kedudukan dan situasi Malaysia dalam hal ini di mana Malaysia begitu komited dan sedia memberi kerjasama di samping menyalurkan maklumat berguna bagi kepentingan dan kesejahteraan bersama. Bukan niat di hati untuk melaga-lagakan dan menyimpan kesumat di dalam hati setiap warganegara..Namun saya sebagai salah seorang dari warganegara Malaysia turut merasa bias atas atas apa yang telah dilemparkan kepada Malaysia..Mari kita sama-sama menjadi buah fikiran kepada negara tercinta bersatu hati dan menyahut seruan kerajaan sempena sambutan kemerdekaan 52.. ::MALAYSIA BERDAULAT:::